comscore
Tumpuan :
Nasional

Dakwaan beras tempatan kurang kes terpencil – Zahid

KLUANG: Dakwaan kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran ketika ini disifatkan kes terpencil membabitkan hanya beberapa kawasan tertentu dan bukan membabitkan seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) akan membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memantau isu kekurangan bekalan beras putih tempatan itu.

“Memang diakui ada kes terpencil (kekurangan beras putih tempatan) tetapi saya sebagai jawatankuasa NACCOL ini akan bantu KPDN pantau keadaan semasa.

“Tentunya mekanisme telah diambil untuk menentukan bekalan beras tempatan mencukupi.

“Ia juga bagi memastikan tidak berlaku kejadian kes kekurangan bekalan beras tempatan di kawasan terpencil supaya isu ini dapat diatasi dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan 1445H di Perkarangan Masjid Jamek Layang-Layang, Simpang Renggam, di sini, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini