comscore
Tumpuan :
Nasional

Dakwaan anggota merokok di kedai makan disiasat PDRM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

KUALA LUMPUR: Hantaran yang tular di media sosial berhubung anggota polis didakwa merokok di kedai makan akan diteliti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedang mengenal pasti butiran lanjut termasuk bila kejadian terbabit berlaku.

“Kita perlu periksa kejadian itu baru berlaku atau ia gambar lama yang ditularkan.

“Sekiranya ia (merokok di kedai makan) kejadian baru, kita akan mengesan mereka yang terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Razarudin turut memberi amaran kepada semua warga PDRM untuk tidak melanggar undang-undang ditetapkan.

“Tindakan disiplin boleh dikenakan sekiranya anggota dan pegawai dikesan melanggar peraturan ditetapkan (merokok di kawasan larangan).

“Penyelia juga boleh diambil tindakan di bawah Peraturan 3C Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan &Tatatertib) 1993 sekiranya anggota bawahan mereka melakukan perkara sebegitu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan anggota dan pegawai polis perlu menunjukkan teladan yang baik tanpa merosakkan imej PDRM.

Terdahulu, tular di laman X menunjukkan dua anggota polis dilihat duduk di meja makan di tepi jalan sambil memegang rokok.

Selain itu, beberapa pengguna turut berkongsi gambar menunjukkan beberapa anggota merokok di kedai makan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini