comscore
Tumpuan :
Nasional

Dakwa ‘Melayu malas’: Polis terima 7 lagi laporan terhadap wanita Kemboja  

Tangkap layar video tular di TikTok

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima keseluruhan 14 laporan berkaitan video tular memaparkan seorang peniaga wanita dipercayai asal Kemboja yang mendakwa ‘Melayu malas’.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, tujuh daripada laporan itu dibuat di Melaka masing-masing di Balai Polis Bandar Hilir dan Balai Polis Kandang di daerah Melaka Tengah serta Balai Polis Merlimau di Jasin .

“Jabatan Siasatan Jenayah Melaka membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum. Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Menurut Zainol, pihaknya mengesan video itu pada Ahad lalu yang memaparkan seorang wanita mengeluarkan kata-kata menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu dimuat naik pemilik akaun media sosial TikTok, menerusi dua pautan.

Difahamkan, pada akhir rakaman video berkenaan, wanita terbabit mendakwa hanya bergurau dan memohon maaf, disusuli permohonan maaf yang diulang pada hantaran berasingan.

Zainol menasihatkan orang ramai tidak membuat  spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat dan berharap semua pihak bijak serta bertanggungjawab  menggunakan media sosial supaya tidak menyentuh isu sensitif membabitkan kaum, agama dan raja (3R).

Loading...
Terkini