Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dahulukan projek demi kesejahteraan rakyat

Perdana Menteri pada majlis Berbuka Puasa Malaysia Madani Perdana Menteri bersama Rakyat Terengganu di UMT. -Foto: NSTP

KUALA NERUS: Kerajaan memberi perhatian segera bersabit isu keselamatan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, dan juga Projek Tebatan Banjir (RTB) di Terengganu.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat perkara itu perlu didahulukan.

“Masalah Tasik Kenyir, berlaku runtuhan dan kalau hal mendesak untuk jamin keselamatan rakyat seperti berlaku limpahan air dan berlaku kerosakan saya akan bagi perhatian segera”.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Malaysia Madani Perdana Menteri Bersama Rakyat Terengganu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Selain itu, untuk mengurangkan masalah banjir di Terengganu,
Projek Tebatan Banjir (RTB) di negeri itu akan turut disegerakan selain di Kelantan dan juga Johor.

Selain itu, beliau turut mengumumkan penambahan peruntukan di bawah Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah (KPLB) sebanyak RM100 juta untuk projek baik pulih rumah, sistem saliran dan perparitan, dan bekalan air bersih.

Loading...
Terkini