Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
KEMAMAN: Hujan lebat berterusan sejak jam 3.00 pagi tadi menyebabkan kawasan perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong dilanda banjir.
Sebahagian penduduk dilaporkan sudah berpindah ke rumah saudara mara terdekat.
Bagaiamanapun, setakat ini belum ada laporan rasmi jumlah mangsa banjir yang berpindah dan jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka oleh oleh pihak berwajib.
Difahamkan Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Kemaman sedang membantu memindahkan mangsa banjir.
Untuk rekod, lebih 2,000 penduduk di RMM Teluk Kalong sering dilanda masalah banjir setiap kali berlaku hujan lebat dengan situasi terburuk pada 2020.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.