Tumpuan :
Nasional

Cuti hujung minggu di Johor ditukar kepada Sabtu dan Ahad mulai 1 Jan 2025 

FOTO: HRH Crown Prince of Johor / Facebook

PETALING JAYA: Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada Sabtu dan Ahad mulai 1 Januari 2025.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bertitah, perkara berkenaan mendapat perkenan dan restu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

“Saya juga menitahkan agar YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek.

“Saya berharap agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan Solat Jumaat pada waktunya,” titah Tunku Mahkota Ismail di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini