KUALA LUMPUR: “Keajaiban kecil di hari pertama 2024.”
Demikian tulis bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang berkongsi foto cucu di Instagram (IG).
Dalam hantaran itu, Yeoh meluahkan rasa bahagia dan bersyukur.
“Kami rasa sangat dirahmati. Tidak dapat saya gambarkan betapa gembiranya saya untuk anugerah ini,” tulisnya.
Dalam satu hantaran lain, Yeoh mengucapkan terima kasih kepada anak dan menantunya.
“Terima kasih Nicolas dan Darina sayang kerana membuatkan kami jadi datuk dan nenek paling bahagia serta bangga. Selamat datang Maxime!” katanya.