comscore
Tumpuan :
Nasional

Cubaan seludup rokok ke negara jiran gagal

FOTO: MK PMTTD

KUCHING: Cubaan seorang lelaki menyeludup sejumlah rokok ke negara jiran gagal selepas dikesan sepasukan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di Tebedu, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam di lokasi kira-kira 900 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia, sepasukan anggota Batalion 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang sedang menjalankan rondaan dalam Op Awas/Keris Parang mengesan sebuah van yang mencurigakan dan bertindak menahannya.

Jurucakap Sel Operasi Media, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berkata, pemeriksaan terhadap van itu menemui sejumlah muatan yang dibungkus dengan plastik hitam.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu mengandungi 30 kotak besar rokok.

“Ketika ditahan, van yang dipandu lelaki tempatan itu datang dari arah Malaysia menghala ke Indonesia.

FOTO: MK PMTTD

“Pemeriksaan terhadap muatan 30 kotak itu mendapati setiap kotak mengandungi 50 karton rokok,” katanya.

Beliau berkata, semua rokok yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM45,000 manakala van pula dianggarkan RM50,000 menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM95,000.

“Barang rampasan serta seorang suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Tebedu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini