comscore
Tumpuan :
Nasional

Cubaan seludup rokok, arak hampir RM1 juta tumpas, 2 lelaki ditahan

FOTO: NSTP

IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup rokok, kretek dan minuman keras bernilai RM950,000 dalam tiga operasi berasingan termasuk di Johor Bharu, bulan ini.

Pengarah Kastam Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata dalam serbuan di sebuah kediaman tidak berpenghuni di Chemor jam 9.20 malam pada 4 Disember lalu, rokok putih dan kretek dengan nilai termasuk cukai dianggarkan RM420,000 dirampas.

Manakala, serbuan kedua di sebuah rumah di Gopeng jam 5 petang dua hari kemudian menyaksikan rampasan minuman keras pelbagai jenama bernilai RM57,000.

Beliau berkata, serbuan ketiga membabitkan rampasan rokok putih dan kretek dengan nilai termasuk cukai RM469,000 dibuat pada jam 10.30 pagi 7 Disember lalu di sebuah kediaman di Johor Bahru.

Katanya, dua lelaki tempatan berusia 34 dan 46 tahun turut ditahan.

“Ketiga-tiga kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini