comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Cuba campak pelampung, saya berenang ke arahnya – Isteri mangsa lemas

KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah Nora Elina Abdul Khalil memaklumkan sebaik ternampak suaminya tenggelam dihanyutkan ombak di Pantai Batu Burok di sini, hari ini, dia pantas mencampakkan pelampung ke arah Zulkarnain Mohamed Zubir.

“Cuba mencampakkan pelampung ke arah Zulkarnain dan saya berenang ke arahnya untuk menyelamatkannya.

“Ketika berenang ke arahnya, saya turut dihanyutkan arus sebelum berpatah balik ke pantai kerana bimbang turut ditenggelamkan ombak,” katanya di sini hari ini.

Zulkarnain 44, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok jam 11.20 pagi tadi.

“Maafkan saya bang, saya sudah berenang untuk selamatkan,” kata Nora Elina.

Beliau dan Zulkarnain serta dua anak perempuannya berusia antara 9 hingga 11 tahun bercuti ke negeri itu dan mendaftar masuk di sebuah hotel di Batu Burok, Jumaat lalu dan dijangka mendaftar keluar esok.

Nora Elina berkata, sebelum kejadian suaminya sedang bermain ombak di tepi pantai, manakala dia dan dua anak bermain pasir di pantai.

“Seorang pengunjung yang secara kebetulan berada di tempat kejadian juga cuba menyelamatkan Zulkarnain tetapi gagal dan terus menghubungi pengurusan hotel,” katanya sambil mengharapkan suaminya ditemui dalam keadaan selamat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini