comscore
Tumpuan :
Nasional

Cuba ambil baju tersangkut di balkoni, seorang pelajar universiti maut terjatuh dari tingkat 34

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar universiti tempatan berusia 18 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 34 dari sebuah kondominium di Kampung Bahru, ibu negara pada malam Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 8.17 malam.

“Pada 26 Disember 2023, jam  lebih kurang 8.17 malam, DCC IPD Dang Wangi telah terima panggilan MERS 999 daripada seorang pengadu menyatakan seorang lelaki telah terjatuh dari Aras 34, Bangunan Residensi, Jalan Raja Abdullah , Kg Bahru, Kuala Lumpur,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Jelas Noor Dellhan, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai cuba mengambil baju yang tersangkut di kaki lima balkoni di tingkat 34.

Dua saksi kejadian menyatakan mangsa bertindak memanjat sebuah meja dan pagar balkoni sebelum hilang imbangan badan dan terjatuh.

“Kejadian berlaku di aras 34 dan terdapat 4 buah rumah sahaja di setiap aras dan  tempat kejadian merupakan perumahan kondominium 39 tingkat.

“Dua orang saksi kejadian menyatakan semasa kejadian simati telah memaklumkan ingin mengambil sehelai tshirtnya yang terjatuh di kaki lima balkoni rumah.

“Si mati telah bertindak memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni tersebut. Si mati hilang keseimbangan dan telah terjatuh ke bawah,” katanya lagi.

Mayat mangsa dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Loading...
Terkini