Tumpuan :
Nasional

Cuaca panas punca kebakaran hutan, belukar di Tamparuli

TAMPARULI: Cuaca panas dan kering yang melanda ketika ini, menjadi punca berlakunya banyak kejadian kebakaran membabitkan kawasan kering di daerah ini sejak semalam hingga hari ini.

Kejadian itu menyebabkan daerah ini diselubungi asap tebal dan kawasan yang dikesan masih terbakar membabitkan hutan di Kampung Bantayan, Rambai dan Topokon.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tuaran ketika ini berada di beberapa lokasi kebakaran untuk pemantauan dan memastikan ia tidak merebak ke kawasan lain terutama perkampungan yang ada penduduk.

Dalam perkembangan berkaitan, JBPM Sabah merekodkan lebih 305 kes kebakaran kebun, ladang, hutan, belukar dan lalang sejak 1 Januari lalu.

Antara punca kebakaran itu berlaku kerana panas yang melampau disebabkan kemarau dan pembakaran hutan yang disengajakan untuk pembersihan kebun.

Sehubungan itu, JBPM menasihatkan orang ramai tidak menyebabkan atau memulakan sebarang pembakaran terbuka ketika musim panas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini