Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Cuaca panas melampau : Tiada sesi PDPR jika sekolah tutup, hari persekolahan diganti

 

CYBERJAYA: Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tidak akan dilaksanakan sekiranya ada sekolah memohon untuk penutupan  sementara waktu berikutan cuaca panas melampau.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum), Dr Ahmad Rafee Che Kassim, berkata hari persekolahan mungkin diganti mengikut tarikh yang akan ditentukan  Pengarah Pendidikan Negeri masing-masing.

Katanya perkara itu terkandung dalam garis panduan yang telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini.

FOTO: NSTP

“Apabila sekolah ditutup, kita akan lihat sejauh mana (situasinya). Kalau tempohnya panjang, kita akan lihat mekanisme (dilaksanakan) sebelum ini.

“Dalam garis panduan KPM juga dinyatakan, kalau sekolah tutup ia mungkin perlu diganti. Jadi pihak Pengarah Pendidikan Negeri akan maklumkan bila tarikh sesuai untuk ganti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) disebabkan itu tidak ada PdPR,” katanya selepas Majlis Pra Pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 dan Sambutan Aidilfitri Industri Perbukuan di Tamarind Square, hari ini.

Ahmad Rafee turut memberitahu, setakat hari pertama persekolahan kembali dibuka hari ini, belum ada laporan diterima daripada mana-mana sekolah mengenai masalah berkaitan cuaca panas.

Loading...
Terkini