comscore
Tumpuan :
Nasional

Cuaca diramal hujan di negeri utara pada Aidilfitri

Foto hiasan

PETALING JAYA:  Negeri-negeri utara tanah air diramal hujan pada pagi Aidilfitri esok, menurut  Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Hujan dijangka berlaku pada sebelah pagi di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Selain itu, di barat Johor serta Kudat dan Sandakan di Sabah juga diramal menerima hujan.

Tempat-tempat lain bagaimanapun dijangka tiada hujan.

Pada sebelah petang, METMalaysia meramalkan cuaca hujan atau ribut petir di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur, termasuk Putrajaya.

Cuaca hujan atau ribut petir turut diramal berlaku di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah di bahagian pedalaman serta pantai barat.

Kawasan lain yang turut terjejas termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Miri, Limbang di Sarawak dan Sabah di Sandakan dan Tawau.

Pada sebelah malam, METMalaysia menjangkakan hujan di satu dua tempat di Sarawak (Sri Aman, Betong, Kapit, Miri dan Limbang) serta Sabah (Bahagian Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan) serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Loading...
Terkini