Tumpuan :
Nasional

Cuaca dingin di 6 negeri

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Enam negeri di timur dan selatan Semenanjung dilanda cuaca dingin sejak beberapa hari lalu dengan julat suhu minimum 26 hingga 30 darjah Celcius.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, negeri terbabit adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Menurut Muhammad Helmi, keadaan cuaca sebegitu hanya sementara dan peluang untuk berlaku hanya pada awal tahun semasa Monsun Timur Laut.

“Orang ramai tidak perlu risau sebaliknya harus bersyukur dan menikmati cuaca yang agak dingin dan nyaman itu.

“Pada masa sama, orang ramai perlu sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui pelbagai medium sebaran rasmi MET Malaysia iaitu laman web, media sosial dan aplikasi di telefon pintar iaitu myCuaca,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.

Pada 17 Januari lalu, Harian Metro melaporkan, suhu sejuk antara 18 hingga 19 darjah Celcius di beberapa kawasan di daerah Sik, Kedah menyebabkan penduduk mengenakan pakaian lebih tebal bagi melakukan aktiviti harian. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini