comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] COVID-19: Tiada cadangan laksana semula PKP susulan peningkatan kes – Dr Dzulkefly

PUTRAJAYA: Tiada cadangan untuk melaksana semula PKP susulan peningkatan kes COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebanyak 20,696 kes COVID-19 direkodkan di seluruh negara dalam tempoh seminggu bermula 10 hingga 16 Disember lalu.

Foto: NSTP

Jumlah itu meningkat 62.2 peratus berbanding minggu sebelumnya.

KKM katanya sedang melaksana lima langkah dan strategi dalam menghadapi peningkatan jangkitan ketika ini.

“Kita (KKM) harap dapat melalui (fasa peningkatan jangkitan ketika ini) tanpa melalui sekatan termasuk PKP yang dilaksana pada awal pandemik dulu.

“Kita dah tak cakap mengenainya (sekatan) atau akan mengulangi PKP. Sebab banyak yang tanya dan banyak kegusaran di situ,” jelasnya, pada sidang media khas di sini, sebentar tadi.

 

Laporan lanjut menyusul.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini