PETALING JAYA: 20,696 kes COVID-19 direkodkan di seluruh negara dalam tempoh seminggu bermula 10 hingga 16 Disember lalu.
Jumlah itu meningkat hampir 8,000 kes berbanding minggu sebelumnya.
Menurut hantaran di platform X oleh Covid19Place yang turut dikongsi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, jumlah kes aktif direkodkan pada minggu ini adalah 28,375 kes.
Dalam pada itu, infografik sama turut menunjukkan jumlah kematian dalam tempoh itu adalah sebanyak 28 kes, dengan tertinggi di Selangor dengan 6,449 kes.
Malaysia: Covid19 Update
10 Dec – 16 Dec
20,696 new cases (+7939)
28 new deaths (+17)
28,375 active cases (+8,358)
588 Hospitalized (+218)
22 ICU (+1)
14 Ventilator (+1)@DrDzul
WhatsApp: https://t.co/EWjrWuby8l
Telegram: https://t.co/YqYLfhgvXE
Facebook: https://t.co/C1sz8hdFis pic.twitter.com/04cDjwWLH9— Health & Business + Entertainment (@Covid19Place) December 17, 2023
Laporan sama menunjukkan 588 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, 22 orang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 14 kes memerlukan penggunaan ventilator.
Susulan peningkatan kes yang semakin membimbangkan, Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka, terutama ketika musim cuti sekolah.
KKM menasihatkan mereka yang menunjukkan simptom COVID-19 supaya mengelak 3C yang merujuk kawasan sempit, sesak dan bersembang pada jarak dekat.
KKM turut dilapor akan mengeluarkan arahan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi dalam masa terdekat, susulan peningkatan kes.