Oleh : Dzaifiq Khalif Darus
Orang ramai beratur di luar pintu masuk bagi menyaksikan persembahan udara dan Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ’23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.
Orang ramai mengambil peluang melihat dengan lebih dekat kapal selam KD Tunku Abdul Rahman yang telah dibuka kepada orang awam sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Resort World Langkawi.
Ketua Pasukan Black Eagle, Mejar Yang Eun Ho (depan) beramah mesra dengan mengambil gambar swafoto bersama pengunjung yang hadir pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL).
Gelagat si cilik ketika mencuba senjata milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023).
Orang ramai turut tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan senjata jenis Sniper Rifle DSR-1 milik Pasukan Khas Laut (PASKAL) pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023).
Orang ramai mengambil peluang untuk melihat dengan lebih dekat serta mengambil gambar bersama aset milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika mengunjungi Segmen Maritim yang telah dibuka kepada orang awam sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Resort World Langkawi.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama timbalannya, Adly Zahari (tiga dari kiri) menyaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd Aziz (dua dari kiri) bertukar dokumen bersama Pengerusi Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB), Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman (dua dari kanan) bagi pemeteraan Perjanjian Kontrak Tambahan Keenam projek Perolehan Kapal Second Generation Patrol Vessel (SGPV) Berkeupayaan Littoral Combat Ship (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Antara aksi yang dipamerkan oleh Russian Knights ketika membuat persembahan udara pada Pameran Udara, Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA’23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Aset robotik juga turut dipamerkan pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) bergambar kenangan dengan tetamu selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian SKS Airways dengan Embraer Commercial Aviation (Embraer) dan Azorra di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat ruang pameran pada Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ’23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Aset udara A400M milik TUDM turut terlibat melakukan persembahan udara ketika Majlis perasmian ‘Gracing dan Opening Gambit’ Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempena Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ’23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC)
Persembahan udara oleh TUDM menggunakan pesawat MiG-29 pada Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ’23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Persembahan udara kapal terbang jenis KAI T-50B Black Eagles dari Korea Selatan sempena Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ’23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC)
Orang ramai melihat persembahan dari Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) Segmen Maritim yang telah dibuka kepada orang awam sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Resort World Langkawi
Juruterbang pesawat Sukhoi Su-30MKM, Leftenan Kolonel Mohd Norazan Othman, 44 (kiri) bersama juruterbang kedua pesawat Sukhoi, Mejar Muhammad Osman Mohd Sidek bergambar bersama peminat cilik, Sharifah Elayna Syed Fadley ,7 selepas membuat aksi aerobatik sempena Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ’23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Unit Tindak Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika melakukan demostrasi segmen maritim yang melibatkan enam agensi ketika pada Segmen Maritim dan Fleet Review sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Resort World Langkawi
Pengunjung mencuba simulator penerbangan TUDM pada Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ’23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC)
Persembahan udara kapal terbang jenis J-10C August 1st dari China sempena Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ’23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC)
Pengunjung melihat pesawat A400 dengan lebih dekat pada Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ’23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Demostrasi segmen maritim yang melibatkan enam agensi pada Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ’23) di Resort World Langkawi.