comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Cop parkir’ di Wangsa Maju, 6 kompaun dikeluarkan 

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Bertindak atas maklumat dan aduan penduduk, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan enam notis kompaun terhadap individu yang meletakkan halangan di dalam petak parkir untuk ‘cop parkir’ di sekitar kediaman di Parlimen Wangsa Maju, Jumaat lalu.

DBKL dalam kenyataannya, berkata operasi itu dilaksanakan Jabatan Penguatkuasaan, yang mana semua notis kompaun dikeluarkan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Beberapa barang yang digunakan untuk menghalang petak parkir telah disita. DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di https://adukl.dbkl.gov.my/,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini