comscore
Tumpuan :
Nasional

Cikgu rugi hampir RM528,000 terpedaya pegawai ‘MCMC’, ‘PDRM’

KUANTAN: Seorang guru wanita di Raub kerugian RM527,733 selepas terpedaya dengan individu menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Pahang, Datuk Sri Yahaya Othman berkata, berdasarkan laporan, mangsa berusia 51 tahun menerima panggilan telefon daripada pihak MCMC yang memaklumkan bahawa terdapat aduan terhadap nombor telefon mangsa pada 5 Ogos lalu.

Katanya,  panggilan telefon itu telah disambungkan kepada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Suspek telah mengatakan bahawa mangsa mempunyai barang-barang yang menyalahi undang-undang dan terbabit dengan pengubahan wang haram iaitu mahkamah  mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

“Mangsa telah diarahkan untuk membuka akaun bank baru bersama kad mesin automatik mesin  (ATM) dengan nombor pin yang diberikan oleh suspek.

“Dalam tempoh 9 Ogos hingga 13 September lalu mangsa telah diminta memindahkan semua wang simpanan dan wsng hasil jualan barang kemas ke akaun bank itu bagi tujuan siasatan.

“Mangsa kemudian telah diarahkan untuk membuat pinjaman peribadi berjumlah RM250,000 daripada sebuah bank dan dimasukkan ke dalam akaun bank itu.

“Suspek telah meminta mangsa meletakkan kad ATM itu di lokasi yang diberikan. Siasatan mendapati sumber wang kerugian ini adalah wang simpanan, barang kemas dan pinjaman peribadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kes itu, beliau menasihati orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat juga diingatkan sentiasa berhati -hati dan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengelakan menjadi mangsa penipuan atas talian,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini