IPOH: Selepas lebih dua minggu dilaporkan hilang, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson akhirnya ditemukan dalam keadaan selamat di Teluk Intan, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata guru wanita dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad, 43, dijumpai jam 2 petang tadi.
“Penemuan guru itu hasil daripada makluman orang awam.
“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian kehilangan guru terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan guru wanita itu yang dilaporkan hilang sejak 10 Disember lalu.
Nur Nazalishah beralamat di Taman Lapangan Harmoni, di sini kali terakhir dilihat berada di kawasan sekolah tempatnya mengajar.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.