comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] CIDB arah henti kerja pembinaan susulan besi perancah jatuh

 

 

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), mengarahkan semua kerja pembinaan sebuah bangunan di Jalan Ampang, ibu negara dihentikan susulan insiden panel ‘formwork’ aluminium jatuh menghempap sebuah kenderaan semalam.

Dalam satu kenyataan, CIDB memaklumkan arahan itu dikeluarkan menerusi notis pemberhentian kerja pembinaan kepada kontraktor utama projek pembinaan bangunan terbabit.

Tindakan itu bagi menjaga keselamatan awam dan menjalankan siasatan bagi tujuan mengenal pasti punca kejadian serta pihak yang bertanggungjawab.

Insiden berlaku kira-kira jam 9 pagi semalam ketika kerja-kerja membuka aluminium panel di aras 55 sedang dijalankan.

Salah satu panel aluminium terbabit jatuh lalu menghempap kenderaan yang diletakkan di seberang jalan berhadapan tapak projek.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Loading...
Terkini