Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Cheras, Segamat, Kota Bharu catat IPU tidak sihat

 

 

Oleh Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR: Kawasan Cheras, Segamat dan Kota Bharu mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 11 pagi tadi.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kadar bacaan IPU, Cheras di Kuala Lumpur mencatatkan 103, Segamat di Johor 152 manakala Kota Bharu di Kelantan, 111.

Segamat dan Cheras mula mencatatkan IPU tidak sihat masing-masing bermula jam 5 petang semalam manakala Kota Bharu bermula 7 pagi tadi.

Keadaan di Jalan Bachok-Tok Bali, Kelantan semalam, berikutan kebakaran tanah gambut di kawasan berdekatan.

64 stesen pula pula mencatatkan bacaan sederhana, dengan Tanah Merah Kelantan merekodkan angka tertinggi iaitu 100 diikuti Nilai, Negeri Sembilan serta Seberang Jaya, Pulau Pinang masing-masing 96.

Kuala Terengganu, Terengganu 95, Putrajaya 93, Seremban, Negeri Sembilan 89 dan Minden, Pulau Pinang 88.

Keadaan jerebu di Bandaraya Kuala Lumpur yang diambil dari Menara KL hari ini.

Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Pemandangan Bandaraya Kuantan sedikit berjerebu ketika dirakam pada jam 6.30 petang, semalam.

Terdahulu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KeTSA), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, fenome­na jerebu di negara ini dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding dalam tempoh tiga tahun lalu apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala.

Jelasnya, masalah jerebu dalam tempoh pandemik Covid-19 se­belum ini didapati terkawal apa­bila tidak banyak ladang dan kilang dibuka.

Loading...
Terkini