comscore
Tumpuan :
Nasional

Chegu Bard berdepan pendakwaan ikut Akta Hasutan 1948

Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard diiringi anggota polis ketika tiba bagi pendakwaan berkaitan hantaran dalam Facebook berkaitan dengan Kasino Forest City yang dilaporkan oleh Bloomberg di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard tiba di Kompleks Mahkamah di sini, untuk berdepan pendakwaan mengikut Akta Hasutan 1948.

Chegu Bard yang bergari dan memakai set baju Melayu lengkap dikawal ketat polis sebelum dibawa masuk lobi mahkamah pada jam 9.20 pagi.

Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU itu sempat memberi salam dan mengucapkan selamat Hari Raya kepada pengamal media yang mengambil foto dan videonya.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata Chegu Bard ditahan dan reman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

“Tangkapan berhubung hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan isu pembinaan kasino di Forest City serta membabitkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai benteng kritikan,” katanya.

Laporan lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini