KOTA KINABALU: Jalan menghubungkan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom tidak dapat dilalui buat masa ini, susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon, Penampang.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, cerun runtuh itu berlaku susulan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan tiada jalan alternatif dan laluan tersebut tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.
JKR Sabah kini sedang mengambil tindakan awal termasuk membuat pembersihan permukaan jalan dan memasang pelan pengurusan trafik, menurut kenyataan itu. – BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.