comscore
Tumpuan :
Nasional

CEO GISBH antara 24 individu disambung reman empat hari lagi

SHAH ALAM: Tempoh reman Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dan 23 lagi individu dilanjutkan selama empat hari lagi di Mahkamah Majistret di sini, bermula hari ini.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali sebentar tadi.

Terdahulu, 19 individu itu tiba di Mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi dibawa menaiki trak dan van Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kawalan ketat anggota keselamatan.

Kesemua mereka tamat menjalani tempoh selama tujuh hari pada hari ini selepas ditahan dalam serbuan di empat unit kediaman di Jalan Imbi, di ibu negara minggu lalu.

Lima lagi lelaki berusia 30 hingga 41 dipercayai ahli GISBH yang turut disambung reman hari ini termasuk individu yang ditahan di Bukit Kayu Hitam, Kedah, minggu lalu.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak Kanak 2001, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022.

Tangkapan itu dilakukan pasukan Bahagian D8 (operasi khas) Bukit Aman, Pasukan Khas Siasatan Bersepadu (PKSB) dan Bahagian Siasatan Jenayah Terancang (D14), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Terdahulu, di mahkamah sama, permohonan bebas dengan bon jaminan terhadap 22 wanita dipercayai ahli GISBH ditolak Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini