comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Cemburu punca pelajar perempuan buli ‘junior’ di sekolah


Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Gara-gara cemburu, seorang pelajar perempuan dibuli oleh dua orang pelajar lain di sebuah sekolah menengah di daerah Kerian.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku semalam, sekitar jam 4 petang.

“Polis daerah Kerian telah mengesan satu video berdurasi 1 minit 21 saat, yang memaparkan kejadian seorang pelajar perempaun dibuli. Siasatan awal mendapati mangsa berumur 13 tahun telah dibuli oleh dua orang pelajar perempuan berumur 15 tahun.”

“Salah seorang suspek telah membawa mangsa ke dalam tandas sekolah. Setibanya dalam tandas sekolah itu, suspek bersama seorang lagi pelajar perempuan telah menampar mangsa berulang kali dan merakam video kejadian,” katanya.

Kejadian dipercayai berpunca daripada sikap cemburu suspek kepada mangsa yang dikatakan rapat dengan teman lelakinya yang juga berumur 15 tahun, dan bersekolah di sekolah yang sama.

Satu laporan polis katanya telah dibuat oleh mangsa hari ini, dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini