comscore
Tumpuan :
Nasional

Cecair vape bakal naik harga – Peniaga

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Cukai ke atas penjualan cecair vape yang bermula semalam dijangka akan memberi kesan kepada harga jualan semasa produk itu.

Peniaga vape di Lembah Jaya Selatan, Muhammad Alif Iqhwan Badrul Hisham, berkata, bagi sebotol cecair vape isipadu 30 ml sebelum ini berharga RM35. “Bagaimanapun, selepas dikenakan cukai, saiz yang sama berharga RM45 iaitu berlaku kenaikan RM10.

“Ini semua harga dikenakan oleh pembekal cecair vape dan peniaga harus akur serta makan untung sedikit saja,” katanya.

Menurutnya ada pelanggan sudah mengadu kenaikan harga itu terlampau tinggi dan mungkin akan tukar kepada tabiat merokok semula.

“Kami akan tampal notis kenaikan harga dan kemas kini di sosial media untuk makluman pelanggan,” katanya. Menurutnya, agak sukar untuk mengelak kenaikan kerana kerajaan sudah menetapkan cukai pada kadar 40 sen setiap ml.

“Sudah pasti pihak pembekal akan menaikkan harga cecair dan peranti, jadi pemilik terpaksa menaikkan harga jualan kepada pengguna.

“Mungkin ada pembekal sudah mula menaikkan harga hari ini, mungkin juga ada pembekal masih ‘hold’ dulu untuk menaikkan harga,” katanya.

Pelaksanaan cukai itu diumumkan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan kelmarin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Sementara itu, warta dikeluarkan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menyatakan, tampalan, cecair dan gel nikotin untuk membantu menghentikan tabiat merokok kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.

Pengecualian itu terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin, yang didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Loading...
Terkini