Tumpuan :
Nasional

CCTV setiap sudut di taska, penjaga dapat akses

Pengarah Pusat Asuhan Kanak-kanak, Yew Tian Tian

Oleh: Aslina Abu Bakar

PETALING JAYA: Purata kes penderaan kanak-kanak di taska meningkat sebanyak 20 kes setiap hari adalah ‘wake-up call’ untuk tindakan yang lebih drastik.

Sejak kebelakangan ini dapat dilihat kejadian penderaan di taska tersebar melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular.

Ia menjadi mata-mata ibu bapa atas perbuatan penganiayaan terhadap si kecil yang dilakukan pengasuh.

Demikian itu telah membuka mata masyarakat terutama ibu bapa yang menuntut bahawa pemasangan CCTV bukan sahaja diwajibkan malah diberi akses kepada penjaga.

Kakitangan swasta, Yasmin Mateen yang ditemui Buletin TV3, berpendapat pemasangan CCTV perlu dipasang di setiap sudut taska.

“Saya rasa mewajibkan taska memasang CCTV  adalah tindakan yang wajar namun pemasangan CCTV perlu dibuat di sekeliling premis termasuk tandas, dapur, bilik dan semua kawasan taska.

“Dengan adanya CCTV ibu bapa dapat memastikan keselamatan anak anaknya selain sebagai bahan buktilah kalau sekiranya pengasuh melakukan perkara yang tidak baik,”katanya.

Berkongsi pengalaman mempunyai empat pusat asuhan, Yew Tian Tian, sememangnya mempraktikkan pemasangan kemudahan itu di semua pusat asuhan yang ada.

Ia bukan sahaja sebagai langkah keselamatan premis tetapi menjadi rujukan pihaknya meningkatkan lagi mutu keselamatan dan penjagaan anak-anak di taska.

“Pemasangan CCTV membantu mengelak pelaku bertindak sesuka hati dan melepaskan amarah, namun ia bukan ukuran mengurangkan kes penderaan di taska.

“Pengusaha sendiri perlu menyediakan sistem sokongan yang kuat kepada pengasuh termasuk menyediakan perkhidmatan kaunseling,” katanya.

Loading...
Terkini