PETALING JAYA: Pelbagai cara dan gaya oleh rakyat Malaysia bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Berikut antara pendekatan kreatif yang menzahirkan rasa cinta kepada negara, pada tahun ini.
KUALA LUMPUR: Ribuan orang ramai hadir memeriahkan suasana Ambang Merdeka 2023 anjuran DBKL di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Jenny Lee 68, dari Cheras hadir dengan kostum khas memeriahkan suasana Ambang Merdeka 2023 anjuran DBKL di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
TANGKAK: Persekitaran kediaman penduduk di Kampung Parit Kassan, Sagil dilimpahi lampu neon dan Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan ke-66.
KOTA BHARU : Menghias beca peninggalan arwah datuk dengan jalur gemilang zahir semangat patriotik.
JOHOR: Semangat kejiranan memupuk perpaduan sesama penghuni seiring dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini iaitu ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’
KUALA TERENGGANU: Semangat kemerdekaan dan cintakan negara mendorong seorang suri rumah menjadikan kereta miliknya ‘diconteng’ dengan tema sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Artikel penuh: Sanggup ‘conteng’ kereta dengan tema kemerdekaan
GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli di Kampung Aring 5, Pos Lebir, di sini diajak mengebarkan Jalur Gemilang tanda cinta akan negara, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 tahun ini.
KUALA LUMPUR: Seorang guru sejarah menunjukkan semangat patriotik yang membara dengan sanggup pusing Kuala Lumpur demi mengedarkan 1,000 Jalur Gemilang.
Artikel penuh: Semangat cikgu Fir raikan kemerdekaan
PASIR MAS: Rumah dihiasi dengan lebih 500 Jalur Gemilang.
Haizatul Imran Abd Rahman, 41, juga menghasilkan bunga raya menggunakan bendera menarik perhatian penduduk lain.
ISKANDAR PUTERI: Replika Jalur Gemilang bersaiz 23 meter panjang dan 8.5 meter lebar dicipta murid Tadika Mega Genius menggunakan dulang telur sempena Hari Kebangsaan ke-66 berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Artikel penuh: Murid Tadika cipta rekod reka Jalur Gemilang terpanjang guna dulang telur
KOTA BHARU: Sebanyak 21 buah bot penduduk setempat menyertai perarakan bot berhias, bagi menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan 2023 sempena Program Semarak Gemilang Malaysia Madani 2023 Peringkat Negeri di Sungai Pengkalan Datu.
KUALA NERUS: Ragam perajurit cilik sambut Hari Kebangsaan mencuit hati.
Artikel penuh: Ragam perajurit cilik sambut Hari Kebangsaan
PONTIAN: Halaman rumah Wak Amin ‘bermandi’ Jalur Gemilang, apabila 2,500 helai bendera itu dipasang dengan kos RM4,500.