Tumpuan :
Nasional

Car Food Sahur kembali meriah selepas dihentikan akibat pandemik

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Acara jualan berkonsepkan sahur secara santai atau dikenali sebagai Car Food Sahur di Batu Buruk, Kuala Terengganu kembali meriah setelah ia dihentikan sementara selama tiga tahun akibat pandemik COVID-19.

Car Food Sahur yang diadakan selama 23 hari bermula 28 Mac lalu setiap malam dari jam 11.00 malam hingga 3.00 pagi kali ini berkonsepkan khemah.

Seramai 30 peniaga yang turut serta menyediakan sebanyak 75 jenis makanan dan 15 jenis minuman yang pelbagai untuk pilihan pengunjung.

Peniaga, Nurzawatul Husna berkata, dia amat teruja dengan sambutan pengunjung terhadap jualan itu kali ini kerana ianya di luar jangkaan.

“Sambutan car food sahur tahun ini sangat menggalakkan, car food sahur dah 3 tahun kita stop sebab covid kan tahun ni customer memang luar biasa ramai sebelum ni kita dari pukul 11 hingga 3 pagi. Pelanggan memang tidak putus-putus”

Seorang lagi peniaga, Nor Asya Nathira Hasbi ketika ditemui berkata, baru seminggu dibuka ia sudah menjadi fenomena.

Sejak beroperasi hari pertama Ramadan sambutan cukup meriah dengan kehadiran kira kira 4,000 pengunjung yang mengunjungi Car Food Sahur setiap malam dan jumlahnya bertambah pada hujung minggu.

Pengunjung, Aina Mustaffa dan Amir Sharifuddin yang datang sewal jam 10.00 malam berkata, harga makanan yang dijual sangat sedap dan tetapi agak mahal sedikit.

“Kami datang nak rasa suasana sebab setahun sekalikan di sini banyak makanan contoh saya boleh beli berbagai makanan”.

Kebanyakan peniaga yang berniaga di Car Food Sahur ini merupakan peniaga yang hampir gulung tikar ketika pandemik COVID-19 lalu, namun kali ini mereka menyasarkan keuntungan RM5,000 hingga RM10,000 sehingga jualan berakhir di malam Aidilfitri.

Loading...
Terkini