comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Cagar KWSP untuk pinjaman bank tidak jejaskan bayaran dividen

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Perjanjian cagaran khas bagi membantu pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memohon pinjaman bank tidak akan menjejaskan kumpulan pelaburan dan pembayaran dividen.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu telah dibincangkan dengan pihak KWSP terlebih dahulu .

Langkah itu juga tidak sudah dirujuk kepada Peguam Negara dan  tidak melanggar Seksyen 51 Akta KWSP.

“Sebagai contoh, jika (pencarum KWSP memohon pinjaman) meletakkan RM50,000 sebagai cagaran, mereka tetap akan menerima dividen mengikut jumlah keseluruhan simpanan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Muslimin Yahaya.

Berita lanjut menyusul..

Loading...
Terkini