comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] CAAM sahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk terhempas di Sungkai


SUNGKAI: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat ringan yang terhempas di Felda Gunung Besout, dekat sini adalah pesawat Cessna 172N Skyhawk.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, pesawat dengan pendaftaran 9M-ADA itu dikendalikan oleh Akademi Penerbangan Layang-Layang.

Tambah Kapten Norazman, pesawat yang dinaiki dua individu telah berlepas pada 7.54 pagi dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) menerima panggilan terakhir di Slim River pada 9.35 pagi.

“Tindakan susulan telah diambil oleh Pegawai Kawalan Trafik Udara bertugas setelah pesawat gagal melaporkan kedudukan selanjutnya di Bidor.

“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) CAAM di KLATCC diaktifkan pada pukul 10.15 pagi setelah menerima maklumat berkenaan nahas tersebut bagi tujuan koordinasi operasi mencari dan menyelamat dan kedua-dua individu berkenaan telah diselamatkan,” katanya.

Siasatan lanjut akan dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Foto: JBPM & PDRM Perak

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

|ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini