Tumpuan :
Nasional

Nahas helikopter: CAAM sahkan helikopter terhempas dikendalikan MHS Aviation Berhad

 

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan berlaku kemalangan melibatkan helikopter Bell 206L4 dengan nombor pendaftaran PK-ZUV di tapak pendaratan helikopter dekat Bentong, Pahang, pagi tadi.

Menurut kenyataan CAAM, kejadian itu berlaku pada pukul 10.26 pagi melibatkan helikopter yang disewa dan dikendalikan oleh MHS Aviation Berhad.

Ketika insiden, helikopter tersebut sedang dalam penerbangan kerja keudaraan.

“Maklumat terakhir yang diterima oleh Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS) di Pusat Kawalan Trak Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada jam 10.18 pagi mengesahkan helikopter tersebut dalam proses untuk mendarat,” jelas kenyataan itu.

Kemalangan itu melibatkan seorang kru darat, namun juruterbang helikopter dilaporkan selamat.

“Siasatan lanjut akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016,” tambah CAAM.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa sebuah helikopter Bell 206L-4 Long Ranger terbakar ketika mendarat di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, Pahang, menyebabkan seorang maut dan seorang lagi terselamat.

Kejadian berlaku berhampiran kawasan kolam air panas ketika helikopter digunakan untuk kerja pengangkutan pemasangan kabel.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini