Tumpuan :
Nasional

Butiran Status Kesihatan Najib: KKM Terikat Akta Perubatan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) hanya boleh mengemukakan laporan perubatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada mahkamah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata, ia selari dengan tanggungjawab KKM untuk mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit yang mana sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah, sekiranya diarahkan berbuat demikian.

“Penyiasatan klinikal, perawatan dan pemantauan telah dijalankan oleh pihak KKM dan laporan perubatan akan dikemukakan kepada mahkamah (atas perintah mahkamah).

“Namun pada masa sama, KKM mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, tersebar di media sosial dakwaan mengatakan layanan istimewa diberikan terhadap Najib yang dirujuk dengan nama ‘Kod Merpati’.

https://youtu.be/s_ubB0gbHm0

Dakwaan itu antaranya membabitkan pengubahsuaian ruang penjara untuk Najib selain laporan beliau

dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur minggu lalu dan Hospital Rehabilitasi Cheras semalam keranamasalah kesihatan.

Dr Noor Hisham berkata, Najib dihantar ke HKL untuk mendapatkan rawatan perubatan susulan perintah Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu.

Jelasnya, ia berikutan keadaan kesihatannya tidak memuaskan dengan menegaskan tindakan itu selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Loading...
Terkini