Tumpuan :
Nasional

Bunyi letupan, gegaran di Ipoh dikategorikan misteri – Ayob Khan

Foto: NSTP

KOTA BHARU: Bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di Ipoh, Perak sehingga kini masih dikategori sebagai misteri, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata polis sedang melakukan siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan.

“Setakat ini, polis tidak dapat mengesahkan bunyi itu kerana ia masih lagi misteri,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan kes berkenaan selepas menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Pada 21 Oktober lalu, Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilaporkan berkata hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, tiada latihan berkaitan letupan dijalankan.

Manakala semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian juga mendapati tiada letupan dijalankan di kuari sebelum 12 tengah hari itu.

Berikutan itu, hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia pula mendapati Malaysia, khususnya di Ipoh tidak terkesan sebarang aktiviti seismik walaupun terdapat kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera, Indonesia pada 21 Oktober lalu.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini