comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Bumiputera Bertindak’ gesa siasatan telus terhadap isu kerugian UiTM Holdings dan tatakelola UiTM

Foto hiasan

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Sebuah jawatan kuasa bebas yang dikenali sebagai ‘Bumiputera Bertindak’ menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan isu kerugian UiTM Holdings dan beberapa pelakuan pelanggaran dan kelemahan tatakelola yang mencurigakan seperti yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Sehubungan itu beberapa tindakan telah disusun bagi memastikan siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM terhadap institusi itu dapat dilaksanakan secara tuntas.

Menerusi satu kenyataan, jawatan kuasa itu mendesak kes-kes yang disiasat oleh SPRM tidak lagi diletak di bawah status NFA atau No Further Action atau Tiada Tindakan.

Sekiranya berlaku, ia memberi gambaran bahawa ada campur tangan pihak-pihak tertentu bagi memastikan kes-kes itu tidak diperlanjutkan.

Jawatan kuasa ini mendapati tindakan itu telah menyebabkan berlakunya “kehakisan kepercayaan” terhadap integriti institusi tersebut.

Justeru ‘Bumiputera Bertindak’ mahu mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana UiTM dapat dibawa ke muka pengadilan.

Tindakan ini dilihat akan menjadi teladan dan sempadan kepada UiTM Holdings (dan pegawai-pegawai UiTM khususnya) agar lebih berhati-hati dalam urus niaga yang dibuat pada masa hadapan, apatah lagi mengambil kesempatan dan menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri.

Penubuhan jawatan kuasa ini adalah penting dalam memastikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kekal sebagai institusi menara gading Bumiputera yang bersih dan telus, sebuah jawatan kuasa bebas dibentuk bagi memantau integriti dan tatakelola institusi itu.

Jawatan kuasa yang berperanan sebagai pemantau dan pemberi maklumat ini digerakkan oleh mantan-mantan pemimpin pelajar dan alumni UiTM.

Mereka terdiri daripada Datuk Dr. Ibrahim Ali, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah, Datuk Mohd Zaini Hassan, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Datuk Dr. Ruhanie Ahmad, Dr. Azmi Abdul Hamid, dan Noor Hazril Norizan.

Siasatan yang telus ini diharapkan akan menjadi peringatan kepada matlamat penubuhan UiTM Holdings itu sendiri, iaitu untuk menjadi “Investment Arm” yang boleh membawa keuntungan kepada UiTM; dan bukannya merugikan UiTM.

Jawatankuasa ini turut bertegas tidak akan melindungi dan menyembunyi sebarang salah-laku dalam soal tatakelola dan tadbir urus di dalam institusi itu.

Loading...
Terkini