comscore
Tumpuan :
Nasional

Bumbung terbang diperbaiki kurang 24 jam

Oleh: Selwam Arjunan

BAYAN LEPAS: Tujuh rumah di kediaman bertingkat yang mengalami kerosakan bumbung akibat ribut, di sini, awal pagi semalam siap diperbaiki, kurang 24 jam sejurus kejadian.

Bumbung rumah terbabit di Flat Taman Emas diterbangkan angin kencang menyebabkan mereka terdedah kepada cuaca buruk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz yang melakukan tinjauan di kawasan berkenaan petang semalam memberi jaminan ia akan diperbaiki segera walaupun menghadapi kekangan kedai bahan binaan ditutup pada hujung minggu.

“Bumbung asbestos pun rosak pecah dipukul angin.

“Perbincangan awal dengan pengurusan flat, saya (janji) akan tanggung kos bersama, bagi selesai terlebih dahulu untuk siapkan hari ini (semalam) juga walaupun barangan kena ambil sendiri,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya, malam tadi.

Katanya, kerja-kerja pemasangan bumbung dimulakan sebaik pelantikan kontraktor dan pembelian bahan selesai.

Kesemua tujuh rumah terbabit siap dipasang bumbung baharu kira-kira jam sembilan malam tadi.

“(Kita) telah siap baik pulih bumbung Flat Taman Emas yang melibatkan 7 buah rumah kediaman.

“Syabas pengurusan flat atas usaha. Mohon juga kepada penduduk supaya dapat berikan kerjasama kepada pengurusan untuk pembayaran penyelenggaraan bulanan agar keselesaan kediaman dapat sama-sama dipelihara,” katanya lagi.

Katanya, kerja-kerja pembaikpulihan di lebih 30 rumah kampung dan teres yang mengalami kerosakan akibat pokok tumbang akan diteruskan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini