comscore
Tumpuan :
Nasional

Bumbung bilik darjah, kantin sekolah diterbangkan ribut

FOTO: APM

BAGAN DATUK: Bumbung dua bilik darjah dan kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pergam, di sini, diterbangkan ribut, semalam.

Difahamkan, kejadian pada kira-kira jam 11.45 pagi itu turut menyebabkan kerosakan kereta guru sekolah terbabit.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bagan Datuk, Mohd Fazly Mohamad Zawawi, berkata pihaknya digerakkan ke lokasi pada jam 3.30 petang sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

FOTO: APM

“Berdasarkan pemantauan, dua bilik darjah dan kantin didapati terjejas kerana atap genting di struktur bangunan itu diterbangkan angin kencang.

“Sebahagian atap yang diterbangkan itu terkena kereta jenis PERODUA Bezza milik guru.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini