KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan hukuman lebih berat bagi kes buli siber dalam masa terdekat.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail isu berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet esok.
“Isyarat aapa nak dihantar kepada rakyat, jadi hal-hal ini diteliti saya percaya akan ada satu dua pengumuman dalam ,masa terdekat ini termasuk hari jumaat ini tajuk ini akan dibincangkan di peringkat jemaah menteri,” katanya di sini hari ini.
Pihak kementerian mahu hukuman lebih berat terhadap kes buli siber yang dilihat sebagai jenayah serius.
Tegasnya denda RM100 yang dikenakan dalam kes membabitkan pempengaruh A. Rajeswary atau dikenali dengan panggilan Esha, adalah tidak setimpal.
Media sebelum ini, melaporkan kerajaan akan meneliti keperluan menggubal undang-undang baharu bagi menangani insiden buli siber.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa