comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Buli siber: Kementerian akan bawa laporan ke Kabinet untuk pertimbang pinda akta


Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Laporan insiden kematian seorang pempengaruh, Rajeswary Appahu yang dipercayai akibat gejala buli sider akan dibawa ke kabinet dalam masa terdekat supaya akta sedia ada dapat dipertimbangkan untuk dipinda.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pihaknya juga akan meneliti insiden terbabit, selain menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dengan insiden yang telah meragut nyawa pempengaruh itu.

“Apabila kita bawa bukan hanya melaporkan apa yang berlaku, tapi lebih daripada itu apakah tindakan terutama kalau kita perlu pinda akta (sedia ada).

“Masalah yang lebih utama adalah di sebalik ‘fake account’, atau akaun palsu ini, saya juga telah bercakap dengan pihak Tik Tok, mereka bersedia memberi lebih kerjasama, tapi saya lihat perlu ada tindakan yang lebih proaktif terutamanya daripada platform-platform,” katanya ketika ditemui selepas memberi penghormatan terakhir ke atas mendiang di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Setia Gombak, Taman Melati.

Mendiang yang juga dikenali sebagai Esha di TikTok, dipercayai mengalami tekanan akibat diganggu dengan komen-komen jelik dan tidak wajar oleh beberapa individu yang kebanyakannya menggunakan nama samaran atau akaun palsu, sejak sebulan lalu.

Menyifatkan mendiang sebagai seorang yang kuat, kakak mendiang, Susila Appahu, 34, sangat terkesan dengan pemergian adik bongsunya itu.

“Mereka paksa dia, orang semua buli dia, banyak troll dalam Tik Tok, mencarut, kotorkan nama dia, busukkan nama dia, tapi adik saya buat yang bagus untuk semua manusia, dia takkan buat apa-apa kepada sesiapa pun,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini