comscore
Tumpuan :
Nasional

Buli: KPM tidak kompromi, tindakan diambil ikut garis panduan

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek melancarkan Program Antibuli di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Krian, di Parit Buntar, pagi tadi.

Oleh: Kumaran Rajamoney

PARIT BUNTAR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dengan amalan buli di mana-mana insitusi pendidikan dibawah seliaan kementerian itu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, tindakan tegas akan diambil mengikut garis panduan yang telah ditetapkan kementerian termasuk melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

“KPM telah merekodkan jumlah aduan yang meningkat tahun lalu, berbanding sebelumnya. Ini secara langsung menunjukkan mereka bersedia untuk bercakap dan memberikan maklumat kepada kita.”

“Saya mahu melihat perkara ini dalam sudut positif, mengangkat aduan ini untuk tindakan kita. Kita tidak mahu ianya disembunyikan dibawah karpet,” katanya.

Dalam masa sama, sistem penyaluran aduan juga katanya diperkasa bagi memudahkan akses kepada kalangan pelajar dan ibubapa.

“Apa yang penting adalah bagi memastikan bahawa setiap aduan ini dapat diselesaikan dengan baik, menerusi kerjasama disetiap peringkat kepimpinan sekolah kemudian KPM.”

Fadhlina berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Antibuli di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Krian, di sini pagi tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini