Tumpuan :
Nasional

Buletin TV9 rangkul dua anugerah sempena Majlis Anugerah MBPJ 2025

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Buletin TV9 merangkul dua anugerah sempena Majlis Anugerah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2025 yang berlangsung di ibu negara tadi.

Laporan Buletin TV9 kolaborasi bersama Harian Metro bertajuk ‘Ledakan Port Healing Di Kediaman Ragut Ketenangan Tetangga’ yang dihasilkan wartawan Izzatie Rizan dan jurukamera Mohd Jufri Mohd Judin merangkul tempat pertama bagi kategori Anugerah Liputan Media Terbaik dan Anugerah Videografi Terbaik.

Mereka membawa pulang wang tunai keseluruhan berjumlah RM3,000, piala serta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon.

Anugerah anjuran MBPJ itu diadakan sebagai platform untuk memberi penghargaan tetapi juga sebagai medan memperkukuh hubungan silaturrahim antara majlis berkenaan dan media.

Untuk rekod, laporan Buletin TV9 itu juga pernah memenangi Anugerah Penyiaran Televisyen Terbaik sempena Anugerah Kecemerlangan Media (AkeMedia 2024) anjuran Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), November lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini