comscore
Tumpuan :
Hiburan

[VIDEO] Buletin FM dan Usanita kerjasama lahir usahawan baru

Oleh Fahim Akasha Musa

PETALING JAYA: Buletin FM dan Usanita Sdn Bhd (USANITA) menjalin kerjasama strategik bagi membantu membangunkan modal insan usahawan terutama di kalangan usahawan wanita.

 

Menerusi kerjasama ini, Buletin FM akan melaksanakan pelan kempen dan pengisian sepanjang tahun bagi meningkatkan penjenamaan USANITA sebagai entiti pemudah cara bagi golongan usahawan dan memperkenalkan peranan USANITA kepada umum.

Antaranya program Usahawan Masterclass Buletin FM yang membolehkan orang ramai membentangkan idea perniagaan sekaligus memenangi dana perniagaan berjumlah RM50,0000.

Turut disusun program lain antaranya webinar khas yang membincangkan topik dan tips keusahawanan yang dibawakan secara langsung menerusi Facebook Buletin FM dan aplikasi Audio+.

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama strategik itu berlangsung hari ini di Sri Pentas, Bandar Utama.

Buletin FM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran dan Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Seri Adzliana Hasan.

Turut hadir penyampai BuletinFM, Izwan Azir, Muaz, Marsila Hassan, Haiza dan Hanif Miswan.

Menurut Adzliana, kerjasama ini dapat meningkatkan kredibiliti USANITA dalam memperkasakan usahawan wanita selain menyambut baik aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengalakkan golongan B40 dan M40 menceburi bidang perniagaan.

“USANITA berlapang dada untuk menerima dan meramaikan komuniti dan platform yang ada dibawah USANITA. USANITA kini sudah ada jaringan komuniti perintis seramai 1200 orang dan dengan gabungan dan kolaborasi ini saya rasa angka itu akan bertambah dan terus bertambah sepanjang setahun kolaborasi kami.”

“Saya berharap terdapat ramai lagi usahawan yang dapat menjana pendapatan mereka bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga untuk ekonomi negara,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tambahnya, program yang dilancarkan ini bertujuan membantu usahawan wanita yang ingin menceburi bidang keusahawanan atau yang ingin memantapkan lagi perniagaan sedia ada.

Program ini juga membuka peluang kepada orang ramai terutamanya pelajar dan golongan kurang upaya (OKU) untuk menceburi bidang keusahawanan.

Dalam pada itu Nazri berkata, kerjasama ini juga salah satu usaha mempertingkatkan imej stesen Buletin FM.

“Telah banyak inisiatif yang dilakukan oleh Buletin FM dalam pelbagai sudut terutama dalam usaha menyokong industri keusahawanan malah masa ini tak salah saya katakan inisiatif sebegini bukan sahaja untuk mengekalkan sebagai saluranpenyiaran yang berwibawa tapi juga memberi manfaat kepada para pendengar terutama mereka yang mempunyai aspirasi untuk menceburi dunia bisnes.”

“Program-program yang kami tampilkan menerusi kerjasama ini adalah direka khas untuk menepati misi Usanita menyediakan peluang modal insan berkualiti,” katanya.

Kerjasama ini juga secara tidak langsung membantu USANITA mempromosikan program mereka yang akan disokong sepanjang tahun menerusi siaran luar Buletin FM dan penampilan khas penyampai Buletin FM.

Loading...
Terkini