comscore
Tumpuan :
Nasional

Bukit Aman sedang lengkapkan kertas siasatan dakwaan Pulau Pinang milik Kedah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang media selepas disoal siasat polis di pejabatnya di Wisma Darul Aman. Foto NSTP/Syaharim Abidin

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya selesai merakamkan percakapan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman sudah merakam percakapan Datuk Seri Muhammad Sanusi di Pejabat Menteri Besar Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

“PDRM kini dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.

Bukit Aman bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci butiran rakaman percakapan berkenaan.

Semalam, Bukit Aman memaklumkan terdapat laporan polis dibuat berhubung kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi, yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah, sebelum satu kertas siasatan dibuka untuk tindakan lanjut. – BERITA HARIAN.

Loading...
Terkini