comscore
Tumpuan :
Nasional

Bukit Aman rujuk 3 kertas siasatan kes GISBH kepada AGC hari ini – KPN

Razarudin ketika bercakap pada sidang media di PULAPOL, hari ini.

KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan merujuk tiga kertas siasatan berkait Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) kepada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC), hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia membabitkan kes yang disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, kertas siasatan itu berkaitan dakwaan serangan seksual fizikal terhadap kanak-kanak dan juga penggunaan kekerasan jenayah terhadap seseorang dengan niat untuk mencabul kehormatan.

“Tiga kertas siasatan itu membabitkan kesalahan yang dikesan susulan siasatan fasa pertama Op Global di Negeri Sembilan.

“Kami akan menghantar kertas siasatan kepada AGC pagi ini, untuk semakan dan arahan lanjut,” katanya pada sidang media di PULAPOL Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Loading...
Terkini