Tumpuan :
Nasional

Bukit Aman rakam keterangan Tamrin Selasa ini

Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman. – Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Polis akan merakam keterangan Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar berkait catatan di blognya yang ‘meramalkan’ masa depan orang Melayu dalam tempoh 10 tahun akan datang, pada Selasa ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

“Ya, kita (polis) tetapkan pada 16 April 2024 (panggil Tamrin),” katanya secara ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Tamrin menerusi media sosial hari ini mengesahkan bahawa dia akan tampil ke Bukit Aman jam 10.30 pagi Selasa ini untuk dirakam keterangan.

Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar.

Semalam, Razarudin mengesahkan pihaknya masih menunggu pengesahan daripada Tamrin untuk dirakam keterangan daripadanya.

Sebelum ini media melaporkan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu menerima panggilan telefon daripada polis berhubung siasatan membabitkan catatan di blognya pada 4 April lalu.

Seorang pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman memohon kerjasama beliau berhubung siasatan berkaitan catatan pada blog itu.

Mohd Tamrin, 74, yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba memaklumkan beliau tiada masalah untuk memberi kerjasama kepada pasukan penyiasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini