comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Budak tercampak keluar kereta, polis cari ibu bapa mangsa

Foto: NSTP

KOTA BHARU: Polis sedang mengesan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak yang terjatuh dari sebuah kereta dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Sultan Yahya Petra di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku ketika kenderaan dinaiki kanak-kanak lelaki itu dipandu ahli keluarganya, sebelum dilanggar dua kenderaan lain.

Kejadian itu tular apabila satu rakaman video berdurasi satu minit dikongsi di media sosial.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Mohd Suhaimi Ali kejadian ketika kejadian jam 5.42 petang itu dipercayai berlaku akibat pemandu kereta gagal memastikan pintu penumpang sebelah kiri ditutup dengan kemas dan memakai tali pinggang keledar terhadap kanak-kanak berkenaan.

Usaha mengesan kenderaan terbabit serta kanak-kanak itu masih dijalankan.

Setakat ini ujarnya tiada laporan yang dibuat mengenai kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 kurungan satu Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam rakaman video tular kejadian menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki tercampak dari sebuah kereta sebelum dilanggar dua kereta.

Kanak-kanak itu cuba bangun untuk berlari sebelum diselamatkan oleh penunggang motosikal yang membawanya ke tepi jalan.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

Loading...
Terkini