comscore
Tumpuan :
Nasional

Budak lemas dalam longkang, polis akan panggil ahli keluarga

ALOR SETAR: Polis tidak menolak kemungkinan wujud faktor kecuaian dalam kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui lemas dalam longkang di Lorong Seri, Jalan Langgar, di sini, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, pihaknya akan memanggil keluarga mangsa, termasuk ibu kanak-kanak itu yang berumur 18 tahun, bagi membantu siasatan lanjut.

“Siasatan akan diteruskan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2021,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, hasil bedah siasat yang selesai hari ini mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas.

Terdahulu, media melaporkan Nur Aisha Misya Afifah Abdul Fattah, 2, ditemui lemas dalam longkang oleh penduduk kampung kira-kira jam 8 malam tadi.

Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang itu ketika kawasan terbabit dilanda banjir sebelum mayat mangsa ditemui setelah air surut.

Ibu mangsa, Siti Nurfarhana Abdullah, 18, dilaporkan berkata kejadian berlaku ketika dia sedang tidur di dalam rumah yang terletak kira-kira 30 meter dari longkang berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini