comscore
Tumpuan :
Nasional

Budak lelaki hilang ketika mandi sungai ditemui lemas 

FOTO: IHSAN JBPM /NSTP

TANJUNG MALIM: Kanak-kanak lelaki yang hilang sejak Sabtu lalu ketika mandi di Sungai Bernam berdekatan Teratak River View Lubuk Gelap, Simpang Empat ditemui lemas kira-kira jam 12.35 tengahari tadi, hari ini.

Mangsa, Edward Grang Anak Lelaki Jenggut berumur lapan tahun ditemui kira-kira lapan kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 49 anggota JBPM termasuk lain-lain agensi.

Katanya, jarak pengoperasian membabitkan keluasan sehingga sembilan kilometer.

“Mangsa ditemui oleh anggota dari unit anjing pengesan (K9) JBPM kira-kira lapan kilometer dari lokasi mangsa yang dilaporkan hilang.

“Mangsa dijumpai tersangkut pada kayu ditebing sungai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sabtu lalu, seorang kanak-kanak berumur lapan tahun dilaporkan hilang dipercayai lemas ketika mandi di Sungai Bernam berdekatan Teratak River View, Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim.

Pihak JBPM menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 5.06 petang sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dikejarkan ke tempat kejadian.

Loading...
Terkini